Loading... Please wait...
Terma dan Syarat Wanita Niaga Mall :
Adalah menjadi tanggungjawab anda membaca dan memahami semua peraturan yang di gariskan di bawah di antara Wanita Niaga Mall sebagai penyedia perkhidmatan, Usahawan sebagai pihak peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan dan pengunjung sebagai pelanggan.
Dalam kandungan terma dan syarat ini, definisi "Usahawan" adalah peniaga yang menjalankan pengiklanan dan proses jualan di laman web Wanita Niaga Mall. "WNMall" pula merujuk kepada ruangan yang disewa oleh Usahawan. Manakala "WNE" adalah Wanita Niaga Enterprise bertindak sebagai pihak yang bertanggungjawab menyediakan ruangan perniagaan dan iklan. "Pelanggan" pula merupakan pengunjung laman web yang mendaftar dan membuat urusan belian di WNMall.
1. Wanita Niaga Mall adalah laman web persendirian milik Wanita Niaga Enterprise.
2. Laman web ini menyediakan perkhidmatan pengiklanan produk dan juga perkhidmatan.
3. Semua bentuk pengiklanan yang dibuat di Wanita Niaga Mall adalah berbayar.
4. Pengiklanan di Wanita Niaga Mall adalah berbentuk kontrak secara bulanan atau tahunan, mengikut pilihan. Setelah tamat tempoh iklan, Usahawan boleh memperbaharui ruang di WNMall dengan menjelaskan bayaran pembaharuan.
5. Pengunjung yang berminat untuk mendaftar dan membuka akaun sebagai Usahawan, hendaklah mengisi borang permohonan sebelum dibenarkan mengiklankan produk atau perkhidmatan di WNMall.
6. Untuk menjadi Usahawan WNMall, bayaran sewa hendaklah dijelaskan terlebih dahulu. Pembayaran sewa yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.
7. Setelah pembayaran penuh dilakukan, tempoh 24 jam hingga 48 jam akan diambil oleh WNE bagi membuat pengesahan bayaran seterusnya mendaftarkan nama pengguna sebagai Usahawan.
8. Jumlah produk yang hendak diiklan adalah tidak terhad. Walaubagaimanapun, sekirnaya di dapati terdapat mana-mana produk yang melanggar peraturan dan syarat pengiklanan, pihak WNE akan menghapuskan gambar dan info produk tanpa notis.
9. Hanya pengguna yang mendaftar sebagai Usahawan WNMall sahaja dibenarkan untuk mengiklankan produk di WNMall. Sekiranya didapati ada pihak yang memberikan ruang di WNMall untuk disewa kepada pihak lain, kontrak iklan Usahawan tersebut akan dibatalkan serta-merta. Wang pendahuluan dan sewa tidak akan dikembalikan.
10. Pihak WNE berhak untuk membatalkan kontrak sekiranya didapati pihak Usahawan melanggar peraturan pengiklanan. Kegagalan mematuhi Terma & Syarat membolehkan pihak WNE menamatkan tempoh iklan dan wang tidak akan dikembalikan.
11. Pihak WNE berhak untuk meminda sebarang syarat dan peraturan yang telah ditetapkan tanpa memberi notis terlebih dahulu.
12. WNE dan WNMall hanya bertanggungjawab menyiarkan iklan produk/perkhidmatan dan tidak sama sekali bertindak sebagai penyampai maklumat produk/perkhidmatan yang diklankan.
13. Pengunjung laman web hendaklah menghubungi terus pihak Usahawan untuk sebarang urusan.
14. Adalah menjadi tanggungjawab Usahawan untuk memberitahu WNE jika terdapat sebarang perubahan seperti alamat dan sebagainya.
15. Sebarang kerosakan produk atau kecacatan atau hilang, adalah menjadi tanggungjawab Usahawan itu sendiri untuk membuat gantian.